ana syuhada

Ana dan Antum sekalian=)

Permata Kata*

Monday, November 21, 2011

Anda pemarah? Secuit Nota Pengurusan Marah**



Cara yang baik meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan.Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulsh cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan.Bagi memadamkanya ia perlukan air.Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.


Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah? Apa untungnya aku marah?


Orang yang marah sebenarnya mempamerkan kebodohannya...Jadi mulai hari ini,tanamkan sikap untuk menahan rasa marah dan cubalah untuk tersenyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.


Sikap yang begitu tegas akan membuatkan orang lain tertekan dengan anda.Sekaligus akan menjauhkan orang lain dari kita.


Seandainya anda merasa tertekan,tenangkanlah hati dengan meningati Allah..Sesungguhnya Allah menyanyangi hambaNya yang sabarrr..

No comments:

Post a Comment