ana syuhada

Ana dan Antum sekalian=)

Permata Kata*

Monday, November 21, 2011

Anda pemarah? Secuit Nota Pengurusan Marah**



Cara yang baik meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan.Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulsh cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan.Bagi memadamkanya ia perlukan air.Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.


Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah? Apa untungnya aku marah?


Orang yang marah sebenarnya mempamerkan kebodohannya...Jadi mulai hari ini,tanamkan sikap untuk menahan rasa marah dan cubalah untuk tersenyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.


Sikap yang begitu tegas akan membuatkan orang lain tertekan dengan anda.Sekaligus akan menjauhkan orang lain dari kita.


Seandainya anda merasa tertekan,tenangkanlah hati dengan meningati Allah..Sesungguhnya Allah menyanyangi hambaNya yang sabarrr..

Sunday, November 20, 2011

_JAUH DAN DEKAT_

lihatlah kejadian alam yang dicipta Maha Kuasa RABBUL IZZATI


Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini? pernahkah kita berfikir?
IMAN GHAZALI r.a. ada mengatakan: ''yang paling jauh adalah masa lalu''. Walaubgaiamanapun, dalam keadaan apa pun kita tetap tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.Sesungguhnya agama islam itu adalah seindah dan sesempurna agama, marilah kita memelihara agama yang telah dikurniakan Allah swt kepada hamba-hambaNya yang terpilih..BARAKALLAHUFIK.

Sunday, November 6, 2011

mereka hamba ALLAH, mereka hamba ALLAH

Allah memilikki hamba-hamba yang menanam pokok kesalahan dan menyiramnya dengan air taubat hingga berbuah duka dan keinsafan.Mereke gila? Tetapi sebenarnya tidak, bahkan merekalah yang mengenal Allah dan RasulNya. Lalu mereka minum segelas air ''kesucian'' membuatnya sabar atas bala. Hati mereka menerawang...Fikiran mereka menjulang di antara bintang, bernaung di bawah peyesalan.Membaca lembaran kesalahan, membuat jiwa tergetar hingga sampai ketinggian zuhud dengan tangga warak.Mereka meninggalkan keseronokkan dunia dan suka pada kesederhanaan, serta mengharapkan tali keselamatan.Roh mereka damai di taman kemuliaan hingga kefanaan ilmu, dan meminum rawa hikmah, naik perahu fathanah(kecerdasan), terbawa angin ketenangan di lautan keselamatan hingga sampai ke tahap kedamaian, kemuliaan dan karamah..



Mereka itulah hamba-hamba Allah yang mengimpikan Khusnul Khotimah !~~

Saturday, July 9, 2011

cinta dan perkahwinan?

'''Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah, akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan, Mungkin sekali sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab cinta itu dapat dibina semula..terbentur, tetapi tidak patah,genting tetapi tidak putus. Bajailah cinta itu selalu dengan solat,zikir,membaca al-Quran..dan bersedekah''.

Wednesday, November 17, 2010

..**NUR SYAHADAH..**




Tika terbuka hari,,cahaya yang cerah...





menerangi hati mu,,mulus terbias di wajah..





kau sambut dengan redho,,hadirnya hidayah..




nekad pendirian,,terungkai kalimah..





*Nursyahadah menyinar kalbu,,murni seharum nama mu..





hadirnya di celahan,,kekalutan kalbu mu itu..





Nursyahadah telah tertulis,,pada waktu dan juga takdir..





diantara seribu,,engkau yang terpilih.





Sejernih embun pagi,,sebersih diri mu..





tanpa dicemari walaupun,,sebutir debu..





kekal lah owh diri mu,,di dalam rahmatNya..





iringan doa Mu,,moga kau bahagia....





*Nursyahadah menyinar kalbu,murni seharum nama mu..





hadirnya di celahan,,,kekalutan kalbu mu itu..





*Nursyahadah telah tertulis pada waktu dan juga takdir..




diantara seribu,,,engkau yang terpilih..





akan ku bimbing mu,,sekadar yang ku termampu..





menyemai iman,,,dan menuai taqwa..





biar ku tunggu mu,,di gerbang mahligai cinta...





cukuplah sekadar teman,,yang biasa...





*Nursyahadah menyinar kalbu,,,murni seharum nama mu..




hadirnya di celahan,,kekalutan kalbu mu itu..





*Nursyahadah telah terpilih,,pada waktu dan juga takdir..





Diantara seribu..engkau yang terpilih..